Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيارُ أمتي أحِدَّاؤهُم، إذا غضِبوا، رَجعوا.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik umatku adalah yang paling kuat adalah apabila mereka marah, mereka akan kembali (berjaya mengawal perasaan marah).
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis no. 14. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خيار أمتي أحداؤهم، إذا غضبوا؛ رجعوا)). [ابن شاذان في ((فوائد ابن قانع وغيرة))، السلفي في ((الطيوريات))، عق، تمام، ((الضعيفة)) (29)]
(Batil) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku adalah yang paling kuat adalah apabila mereka marah, mereka akan kembali (berjaya mengawal perasaan marah). [Riwayat Ibn Shazan di dalam Fawa’id Ibn Qani’ dan selainnya, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyaat, Tamam, al-‘Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.29]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman