Sebaik-baik umatku adalah para ulama mereka, sebaik-baik para ulama mereka adalah orang-orang yang mempunyai belas kasihan terhadap umat

TEKS BAHASA ARAB

خيار أمتي علماؤها، وخيار علمائها رحماؤها، ألا وإن الله يغفر للعالم أربعين ذنبا قبل أن يغفر للجاهل ذنبا واحدا، ألا وإن العالم الرحيم يجيء يوم القيامة وإن نوره قد أضاء يمشي فيه بين المشرق والمغرب كما يضيء الكوكب الدري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik umatku adalah para ulama mereka, sebaik-baik para ulama mereka adalah orang-orang yang mempunyai belas kasihan terhadap umat. Ingatlah! Sesungguhnya Allah mengampuni 40 dosa orang alim lebih dahulu sebelum Allah mengampuni satu dosa orang jahil. Ingatlah! Orang alim yang penuh kasih sayang akan datang pada hari kiamat dalam keadaan cahayanya menerangi tempat dia berjalan antara timur dan barat sebagaimana bintang-bintang yang bersinar.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis nombor 6260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: خيار أمتي علماؤها، وخيار علمائها رحماؤها، ألا وإن الله يغفر للعالم أربعين ذنبا قبل أن يغفر للجاهل ذنبا واحدا، ألا وإن العالم الرحيم يجيء يوم القيامة وإن نوره قد أضاء يمشي فيه بين المشرق والمغرب كما يضيء الكوكب الدري.
[حل، خط، وفي ((الموضح))، ابن عساكر، وفي ((ذم من لا يعمل بعلمه))، ((الضعيفة)) (367)].

(Batil)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Sebaik-baik umatku adalah para ulama mereka, sebaik-baik para ulama mereka adalah orang-orang yang mempunyai belas kasihan terhadap umat. Ingatlah! Sesungguhnya Allah mengampuni 40 dosa orang alim lebih dahulu sebelum Allah mengampuni satu dosa orang jahil. Ingatlah! Orang alim yang penuh kasih sayang akan datang pada hari kiamat dalam keadaan cahayanya menerangi tempat dia berjalan antara timur dan barat sebagaimana bintang-bintang yang bersinar.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, juga dalam al-Mudih, Ibn 'Asakir dalam al-Tarikh, juga dalam Zam Man La Ya'mal Bi 'Ilmihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 367].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs