Sebaik-baik umatku adalah orang yang bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku adalah Rasulullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik umatku adalah orang yang bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan orang yang apabila mereka berbuat baik, mereka gembira dan apabila mereka berbuat jahat mereka memohon keampunan. Manakala sejahat-jahat umatku adalah orang yang dilahirkan dalam keadaan penuh nikmat dan mereka memakan nikmat tersebut, keinginan mereka hanyalah makanan dan pakaian yang berbagai serta terlalu banyak bercakap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1462, hadis nombor 7436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة بن رويم اللخمي مرفوعاً: ((خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام)). [حل، عبد الغني المقدسي في ((الثالث والتسعين من تخريجه))، ((الضعيفة)) (3558)]

(Lemah)
Daripada ‘Urwah bin Ruwaim al-Lakhmi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku adalah orang yang bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan orang yang apabila mereka berbuat baik, mereka gembira dan apabila mereka berbuat jahat mereka memohon keampunan. Manakala sejahat-jahat umatku adalah orang yang dilahirkan dalam keadaan penuh nikmat dan mereka memakan nikmat tersebut, keinginan mereka hanyalah makanan dan pakaian yang berbagai serta terlalu banyak bercakap.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', 'Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Thalith Wa al-Tis'in Min Takhrij beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3558].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.