Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خِيارُ أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا اللهُ وأني رسولُ اللهِ، والذين إذا أَحْسَنُوا استَبْشَرُوا، وإذا أساءوا استَغْفَرُوا، وشِرَارُ أمتي الذين وُلِدُوا في النعيمِ وغُذُّوا به، وإنما نَهْمَتُهُم ألوانُ الطعامِ والثيابِ، ويَتَشَدَّقُونَ في الكلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik umatku adalah orang yang bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan orang yang apabila mereka berbuat baik, mereka gembira dan apabila mereka berbuat jahat mereka memohon keampunan. Manakala sejahat-jahat umatku adalah orang yang dilahirkan dalam keadaan penuh nikmat dan mereka memakan nikmat tersebut, keinginan mereka hanyalah makanan dan pakaian yang berbagai serta terlalu banyak bercakap.
Sahabat Perawi
- Urwah bin Ruwaim al-Lakhmi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1462, hadis no. 7436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عروة بن رويم اللخمي مرفوعاً: ((خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام)). [حل، عبد الغني المقدسي في ((الثالث والتسعين من تخريجه))، ((الضعيفة)) (3558)]
(Lemah) Daripada 'Urwah bin Ruwaim al-Lakhmi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku adalah orang yang bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan orang yang apabila mereka berbuat baik, mereka gembira dan apabila mereka berbuat jahat mereka memohon keampunan. Manakala sejahat-jahat umatku adalah orang yang dilahirkan dalam keadaan penuh nikmat dan mereka memakan nikmat tersebut, keinginan mereka hanyalah makanan dan pakaian yang berbagai serta terlalu banyak bercakap. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', 'Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Thalith Wa al-Tis'in Min Takhrij beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3558].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman