Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik umat ini adalah golongan yang fakir daripada mereka

Teks Bahasa Arab

خيرُ هذه الأمةِ فقراؤُها، وأسرعُها تضجعًا في الجنةِ ضعفاؤُها.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik umat ini adalah golongan yang fakir daripada mereka. Manakala yang paling segera berbaring di syurga adalah golongan yang paling lemah dalam kalangan umat ini.

Sahabat Perawi

  1. Ziyad Abu al-Nadhr al-Ju’fi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1907, hadis no. 9581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) زياد أبي النضر الجعفي عن أبيه أو جده أو عمه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير هذه الأمة فقراؤها, وأسرعها تضجعا في الجنة ضعفاؤها. [الدولابي، ((الضعيفة)) (5729)]

(Lemah) Daripada Ziyad Abu al-Nadhr al-Ju’fi daripada ayah beliau atau datuknya atau pakciknya. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik umat ini adalah golongan yang fakir daripada mereka. Manakala yang paling segera berbaring di syurga adalah golongan yang paling lemah dalam kalangan umat ini. [Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5729)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.