Sebaik-baik ubat (adalah): ubat yang dimasukkan ke dalam hidung

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خير الدواء: السعوط واللدود، والحجامة، والمشي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik ubat (adalah): ubat yang dimasukkan ke dalam hidung, ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut, bekam, serta berjalan kaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis nombor 5952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الشعبي مرفوعا: ((خير الدواء: السعوط واللدود، والحجامة، والمشي)). [إسماعيل بن محمد بن الفضل في ((الأمالي))، ((الضعيفة))، (1/3564)]

(Lemah) Daripada al-Sya’bi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Sebaik-baik ubat (adalah): ubat yang dimasukkan ke dalam hidung, ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut, bekam, serta berjalan kaki. [Riwayat Ismail bin Muhammad bin al-Fadhl dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1/3564]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.