Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيرُ الدَّواءِ: السَّعُوطُ واللَّدُودُ، والحِجَامَةُ، والمَشْيُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik ubat (adalah): ubat yang dimasukkan ke dalam hidung, ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut, bekam, serta berjalan kaki.
Sahabat Perawi
- Al-Sya’bi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis no. 5952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الشعبي مرفوعا: ((خير الدواء: السعوط واللدود، والحجامة، والمشي)). [إسماعيل بن محمد بن الفضل في ((الأمالي))، ((الضعيفة))، (1/3564)]
(Lemah) Daripada al-Sya’bi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Sebaik-baik ubat (adalah): ubat yang dimasukkan ke dalam hidung, ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut, bekam, serta berjalan kaki. [Riwayat Ismail bin Muhammad bin al-Fadhl dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1/3564]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman