Sebaik-baik tempat yang dimasuki oleh orang Islam adalah tempat mandi

TEKS BAHASA ARAB

نعم البيت يدخله المسلم؛ بيت الحمام، وذاك أنه إذا دخله – يعني – سأل الله الجنة، واستعاذ بالله من النار وبئس البيت بيت العروس وذلك لأنه يرغبه في الدنيا وينسيه الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik tempat yang dimasuki oleh orang Islam adalah tempat mandi. Ini kerana, apabila memasukinya dia akan memohon syurga kepada Allah dan memohon kepada-Nya agar dijauhkan daripada neraka. Seburuk-buruk tempat adalah tempat pengantin. Ini kerana tempat tersebut membuatkannya cinta kepada dunia dan melupakan akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1937, hadis nombor 9716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله قال: قال رسول الله ﷺ: نعمَ البيتُ يَدْخُلُهُ المسلمُ؛ بيتُ الحمَّامِ، وذاك أنه إذا دخله – يعني – سألَ اللهَ الجنةَ، واستعاذ بالله من النار. وبئسَ البيتُ بيتُ العروسِ وذلك لأنه يُرَغِّبُه في الدنيا وينسيه الآخرة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6255)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik tempat yang dimasuki oleh orang Islam adalah tempat mandi. Ini kerana, apabila memasukinya dia akan memohon syurga kepada Allah dan memohon kepada-Nya agar dijauhkan daripada neraka. Seburuk-buruk tempat adalah tempat pengantin. Ini kerana tempat tersebut membuatkannya cinta kepada dunia dan melupakan akhirat.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6255]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs