Sebaik-baik tempat adalah ‘Anazah

TEKS BAHASA ARAB

نعم الحي عنزة، مبغي عليهم منصورون، مرحبا بقوم شعيب؛ أختان موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik tempat adalah ‘Anazah. Orang yang memberontak kepada mereka akan dikalahkan. Selamat datang kepada kaum Syu’aib dan saudara Musa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1937, hadis nombor 9717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سلمة بن سعد: أَنَّهُ وَفَدَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ وَجَمَاعَةٌ مِنَ أَهْلِ بَيْتِهِ وَوَلَدِهِ، فَاسْتَأْذَنُوا عَلَيْهِ، فَدَخَلُوا، فَقَالَ: مَنْ هَؤُلاءِ؟ قِيلَ لَهُ: هَذَا وَفْدُ عَنَزَةَ، فَقَالَ: بَخٍ بَخٍ بَخٍ، نِعْمَ الْحَيُّ عَنَزَةُ، مَبْغِيٌّ عَلَيْهِمْ مَنْصُورُونَ، مَرْحَباً بِقَوْمِ شُعَيْبٍ؛ وَأَخْتَانِ مُوسَى سَلْ يَا سَلَمَةُ عَنْ حَاجَتِكَ. قَالَ: جِئْتُ أَسْأَلُكَ عَمَّا افْتَرَضْتَ عَلَيَّ فِي الإِبِلِ وَالْغَنَمِ وَالْعَنْزِ. فَأَخْبَرَهُ. ثُمَّ جَلَسَ عِنْدَهُ قَرِيباً، ثُمَّ اسْتَأْذَنَهُ فِي الانْصِرَافِ، فَقَالَ لَهُ: انْصَرِفْ. فَمَا غَدَا أَنْ قَامَ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ ارْزُقْ عَنَزَةَ كَفَافاً، لا قُوتً وَلا إِسْرَافًا.
[طب – والسياق له-، أبو نعيم في ((المعرفة))، البزار، ((الضعيفة)) (6229)]

(Munkar)
Daripada Salamah Bin Sa’ad bahawa beliau dan beberapa orang dari kalangan ahli keluarga dan anak cucu beliau dihantar bertemu Rasulullah SAW. Mereka meminta izin kepada Rasulullah kemudian mereka masuk. Baginda bertanya: Siapakah mereka ini? Dijawab kepada Baginda: Ini adalah rombongan ‘Anazah. Baginda bersabda: Bagusnya. Sebaik-baik tempat adalah ‘Anazah. Orang yang memberontak kepada mereka akan dikalahkan. Selamat datang kepada kaum Syu’aib dan saudara Musa. Wahai Salamah, nyatakan hajat kamu. Salamah berkata: Aku datang untuk bertanya kepada kamu tentang kewajipan yang perlu kami laksanakan terhadap unta dan kambing kami. Lantas Baginda memberitahunya. Kemudian Salamah duduk berdekatan dengan Nabi dan meminta izin untuk beredar. Baginda berkata kepada Salamah: Pergilah. Apabila Salamah hendak bangun beredar, Baginda bersabda: Wahai Allah berilah kecukupan rezeki kepada ‘Anazah. Tidak kurang dan tidak banyak.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir – dengan lafaznya -, Abu Nuaim dalam al-Ma'rifah dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6229]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs