Sebaik-baik telaga adalah telaga Ghars

TEKS BAHASA ARAB

نعم البئر بئر غرس؛ هي من عيون الجنة، وماؤها أطيب المياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik telaga adalah telaga Ghars, ia berasal daripada mata air syurga, airnya pula adalah air yang paling baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الحكم، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((نعم البئر بئر غرس؛ هي من عيون الجنة، وماؤها أطيب المياه)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2683)]

(Palsu)
Daripada Umar bin al-Hakam berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik telaga adalah telaga Ghars, ia berasal daripada mata air syurga, airnya pula adalah air yang paling baik.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2683]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs