Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعمَ البئرُ بئرُ غرسٍ، هيَ من عيونِ الجنَّةِ، وماؤُها أطيَبُ المياهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik telaga adalah telaga Ghars, ia berasal daripada mata air syurga, airnya pula adalah air yang paling baik.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Hakam
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Umar bin al-Hakam berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik telaga adalah telaga Ghars, ia berasal daripada mata air syurga, airnya pula adalah air yang paling baik. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2683]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman