Sebaik-baik tanah perkuburan adalah kawasan ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم المقبرة هذه وزعم ابن جريج: أنها مقبرة مكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik tanah perkuburan adalah kawasan ini. Ibn Juraij mendakwa bahawa ia adalah kawasan perkuburan Mekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1938, hadis nombor 9718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي ﷺ: نِعْمَ المقبرةُ هذه. وزعم ابن جُريج أنها مقبرة مكة.
[تخ، البزار، ((الضعيفة)) (6244)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW: Sebaik-baik tanah perkuburan adalah kawasan ini. Ibn Juraij mendakwa bahawa ia adalah kawasan perkuburan Mekah.
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6244]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.