Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعمَ المقبرةُ هذِهِ وزعَم ابنُ جُرَيْجٍ: أنها مقبرةُ مَكَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik tanah perkuburan adalah kawasan ini. Ibn Juraij mendakwa bahawa ia adalah kawasan perkuburan Mekah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1938, hadis no. 9718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي ﷺ: نِعْمَ المقبرةُ هذه. وزعم ابن جُريج أنها مقبرة مكة. [تخ، البزار، ((الضعيفة)) (6244)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW: Sebaik-baik tanah perkuburan adalah kawasan ini. Ibn Juraij mendakwa bahawa ia adalah kawasan perkuburan Mekah. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6244]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman