Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ السّواكُ الزيتونُ؛ مِنْ شَجَرةٍ مُباركةٍ، يُطيِّبُ الفم، ويُذْهِبُ الحَفَرَ، وهو سوَاكِي وسوَاكُ الأنبياء قبلي.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik siwak adalah zaitun, berasal daripada pohon yang diberkati, boleh mengharumkan mulut dan boleh menghilangkan lubang (pada gigi). Ia adalah siwakku dan siwak para nabi sebelumku.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: نعم السواك الزيتون؛ من شجرة مباركة، يطيب الفم، ويذهب الحفر، وهو سواكي وسواك الأنبياء قبلي. [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5570)].
(Palsu) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik siwak adalah zaitun, berasal daripada pohon yang diberkati, boleh mengharumkan mulut dan boleh menghilangkan lubang (pada gigi). Ia adalah siwakku dan siwak para nabi sebelumku. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman