Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ الرجلُ الفقيهُ، إن احتيج إليه انتَفَع به، وإن استُغْنِىَ عنه أَغْنَى نفسَه.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat, jika dia tidak diperlukan maka dia sudah cukup (memberikan manfaat terhadap dirinya sendiri.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis no. 6303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، رفعه: نعم الرجل الفقيه، إن احتيج إليه انتفع به، وإن استغني عنه أغنى نفسه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (712)]
(Palsu) Daripada 'Ali RA, beliau meriwayatkannya secara marfu': Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat, jika dia tidak diperlukan maka dia sudah cukup (memberikan manfaat terhadap dirinya sendiri. [Riwayat Ibn 'Asakir, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 712]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman