Sebaik-baik sedekah ialah yang memberi kekenyangan kepada orang yang lapar

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الصدقة أن تشبع كبدا جائعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik sedekah ialah yang memberi kekenyangan kepada orang yang lapar.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 902, hadis nombor 4619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضل الصدقة أن تشبع كبدا جائعا. [هب, الضعيفة (7033)]

(Sangat lemah) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik sedekah ialah yang memberi kekenyangan kepada orang yang lapar. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 7033].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs