Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الصدقةِ أن تُشبعَ كبدًا جائعًا
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik sedekah ialah yang memberi kekenyangan kepada orang yang lapar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 902, hadis no. 4619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضل الصدقة أن تشبع كبدا جائعا. [هب, الضعيفة (7033)]
(Sangat lemah) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik sedekah ialah yang memberi kekenyangan kepada orang yang lapar. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 7033].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman