Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ الصَّدَقةِ المَنيحةُ، تغدو بأَجْرٍ، وتَروحُ بأَجْرٍ، ومَنيحةُ الناقةِ كعَتاقةِ الأحمرِ، ومَنيحةُ الشاةِ كعَتاقةِ الأَسودِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik sedekah adalah pemberian susu, berpagian dengan pahala, dan berpetang juga dengan pahala, pemberian susu unta adalah seperti membebaskan orang merah, pemberian susu kambing pula adalah seperti membebaskan orang berkulit hitam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis no. 4501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خير الصدقة المنيحة، تغدو بأجر، وتروح بأجر، ومنيحة الناقة كعتاقة الأحمر، ومنيحة الشاة كعتاقة الأسود)). [حم، ((الضعيفة)) (3630)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sebaik-baik sedekah adalah pemberian susu, berpagian dengan pahala, dan berpetang juga dengan pahala, pemberian susu unta adalah seperti membebaskan orang merah, pemberian susu kambing pula adalah seperti membebaskan orang berkulit hitam.” [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3630]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman