Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ إخْوَتِي عَلِيٌّ، وخيرُ أعمامي حمزةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik saudaraku ialah 'Ali dan sebaik-baik bapa saudaraku ialah Hamzah.
Sahabat Perawi
- Abis bin Rabi’ah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1836, hadis no. 9255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عابس بن ربيعة -رضي الله عنه- مرفوعا: خير إخوتي علي، وخير أعمامي حمزة. [فر، (الضعيفة) (3562)].
(Palsu) Daripada ‘Abis bin Rabi’ah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik saudaraku ialah 'Ali dan sebaik-baik bapa saudaraku ialah Hamzah.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3562]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman