Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم السحور التمر، ونعم الإدام الخل، ورحم الله المتسحرين.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik sahur adalah dengan buah tamar, sebaik-sebaik kuah adalah cuka dan Allah merahmati orang yang bersahur.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis no. 5719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، مرفوعا. «نعم السحور التمر، ونعم الإدام الخل، ورحم الله المتسحرين». [أبو عوانة، «الضعيفة» (1326)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: "Sebaik-baik sahur adalah dengan buah tamar, sebaik-sebaik kuah adalah cuka dan Allah merahmati orang yang bersahur." [Riwayat Abu Awwanah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1326].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman