Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيرُ خِصَالِ الصَائمِ السِّوَاكُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik rutin bagi orang yang berpuasa ialah bersiwak (gosok gigi).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis no. 5953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((خير خصال الصائم السواك.)). [ه، قط، هق، المخلص في ((العاشر من حديثه))، ابن شاذان في ((الخامس من المنتقى من حديثه))، أبو حفص الكتاني في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3574)]
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Sebaik-baik rutin bagi orang yang berpuasa ialah bersiwak (gosok gigi). [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Daraquthni dalam Sunannya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Mukhlas dalam Hadisnya yang ke-sepuluh, Ibn Syazan dalam al-Muntaqa, dan Abu Hafs dalam al-Kitani dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3574]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman