Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعمَ البيتُ يَدْخُلُهُ المسلمُ؛ بيتُ الحمَّامِ، وذاك أنه إذا دخله - يعني - سألَ اللهَ الجنةَ، واستعاذ بالله من النار. وبئسَ البيتُ بيتُ العروسِ وذلك لأنه يُرَغِّبُه في الدنيا وينسيه الآخرة.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik rumah yang dimasuki orang Islam adalah di bahagian tandas. Ini kerana, apabila dia memasukinya, dia akan memohon syurga dan memohon perlindungan dengan Allah daripada neraka. Seburuk-buruk rumah adalah rumah pengantin. Ini kerana, ia mengakibatkan seseorang jadi menginginkan dunia serta melupakan akhirat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نعم البيت يدخله المسلم؛ بيت الحمام، وذاك أنه إذا دخله - يعني - سأل الله الجنة، واستعاذ بالله من النار. وبئس البيت بيت العروس وذلك لأنه يرغبه في الدنيا وينسيه الآخرة)). [ابن عساكر،((الضعيفة)) (6255)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik rumah yang dimasuki orang Islam adalah di bahagian tandas. Ini kerana, apabila dia memasukinya, dia akan memohon syurga dan memohon perlindungan dengan Allah daripada neraka. Seburuk-buruk rumah adalah rumah pengantin. Ini kerana, ia mengakibatkan seseorang jadi menginginkan dunia serta melupakan akhirat. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6255].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman