Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعمَ البيتُ يَدْخُلُهُ المسلمُ؛ بيتُ الحمَّامِ، وذاك أنه إذا دخله - يعني - سألَ اللهَ الجنةَ، واستعاذ بالله من النار. وبئسَ البيتُ بيتُ العروسِ، وذلك لأنه يُرَغِّبُه في الدنيا، وينسيه الآخرة.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik rumah yang dimasuki oleh seorang muslim ialah rumah mandi, ini adalah kerana sekiranya dia memasukinya, dia memohon kepada Allah agar dikurniakan syurga dan dia memohon perlindungan Allah daripada api neraka. Dan seburuk-buruk rumah ialah rumah pengantin, itu adalah kerana rumah pengantin itu akan menjadikan seorang muslim itu tertarik kepada dunia dan menyebabkannya lupa kepada akhirat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis no. 10357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: نعم البيت يدخله المسلم؛ بيت الحمام، وذاك أنه إذا دخله - يعني - سأل الله الجنة، واستعاذ بالله من النار. وبئس البيت بيت العروس، وذلك لأنه يرغبه في الدنيا، وينسيه الآخرة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6255)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik rumah yang dimasuki oleh seorang muslim ialah rumah mandi, ini adalah kerana sekiranya dia memasukinya, dia memohon kepada Allah agar dikurniakan syurga dan dia memohon perlindungan Allah daripada api neraka. Dan seburuk-buruk rumah ialah rumah pengantin, itu adalah kerana rumah pengantin itu akan menjadikan seorang muslim itu tertarik kepada dunia dan menyebabkannya lupa kepada akhirat. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6255]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman