Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ بيتٍ في المسلمينَ، بيتٌ فيه يتيمٌ يُحْسَنُ إليه، وشَرٌّ بيتٍ في المسلمينَ، بيتٌ فيه يتيمٌ يُساءُ إليه.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan buruk.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis no. 975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((خير بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يحسن إليه، وشر بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يساء إليه)). [ه، ابن المبارك، خد، ((الضعيفة)) (1637)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Sebaik-baik rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan buruk. [Riwayat Ibn Majah, Ibn al-Mubarak dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Da‘Īfah; no. 1637]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman