Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الرِّباطِ انتظارُ الصلاة، ولزومُ مجالسِ الذكرِ، وما منْ عبدٍ يصلي ثمُّ يقعدُ في مقعدهِ إلا لم تزلْ الملائكةُ تُصلي عليهِ حتى يحدثَ أو يقومَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik ribath adalah menanti masuknya waktu solat, serta melazimi majlis-majlis zikir. Dan tidak ada seorang hamba (Allah) yang mendirikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya melainkan para malaikat akan berterusan berselawat ke atasnya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun dari tempat tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis no. 1377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((أفضل الرباط انتظار الصلاة، ولزوم مجالس الذكر، وما من عبد يصلى ثم يقعد في مقعده إلا لم تزل الملائكة تصلي عليه حتى يحدث أو يقوم)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (2854)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik ribath adalah menanti masuknya waktu solat, serta melazimi majlis-majlis zikir. Dan tidak ada seorang hamba (Allah) yang mendirikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya melainkan para malaikat akan berterusan berselawat ke atasnya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun dari tempat tersebut. [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2854]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman