Sebaik-baik rezeki adalah apa yang mencukupi dari hari ke hari

TEKS BAHASA ARAB

خير الرزق ما كان يوما بيوم كفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik rezeki adalah apa yang mencukupi dari hari ke hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا :«خير الرزق ما كان يوما بيوم كفافا. [ابن لال في ((حديثه))، عد، ((الضعيفة)) (1521)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sebaik-baik rezeki adalah apa yang mencukupi dari hari ke hari.” [Riwayat Ibn Lal dalam kitab hadisnya dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs