Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ أبوابِ البِرِّ الصدقةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik pintu kebajikan adalah sedekah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63, hadis no. 280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((خير أبواب البر الصدقة)). [طب، ((الضعيفة)) (3561)].
(Daif) Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sebaik-baik pintu kebajikan adalah sedekah.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3561].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman