TEKS BAHASA ARAB
خير العمل ما نفع، وخير الهدي ما اتبع، وخير ما ألقي في القلب اليقين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik amalan adalah yang memberikan manfaat, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290, hadis nombor 6605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن زيد بن خالد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير العمل ما نفع، وخير الهدي ما اتبع، وخير ما ألقي في القلب اليقين.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (5641)].
(Lemah)
Daripada Zaid bin Khalid RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik amalan adalah yang memberikan manfaat, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan.
[Riwayat al-Quda'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5641].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.