Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرُ الْعَمَلِ مَا نَفَعَ، وَخَيْرُ الْهَدْيِ مَا اتُّبِعَ، وَخَيْرُ مَا أُلْقِيَ فِي الْقَلْبِ الْيَقِينُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik amalan adalah yang memberikan manfaat, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Khalid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290, hadis no. 6605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن خالد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير العمل ما نفع، وخير الهدي ما اتبع، وخير ما ألقي في القلب اليقين. [القضاعي، ((الضعيفة)) (5641)].
(Lemah) Daripada Zaid bin Khalid RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik amalan adalah yang memberikan manfaat, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan. [Riwayat al-Quda'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5641].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman