Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik permainan orang mukmin adalah berenang, dan sebaik-baik permainan orang perempuan adalah roda pintal

Teks Bahasa Arab

خَيْرُ لَهْوِ المؤمنِ السِباحَةِ، وخَيرُ لَهْوِ المَرْأَةِ المغزلُ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik permainan orang mukmin adalah berenang, dan sebaik-baik permainan orang perempuan adalah roda pintal (kayu yang digunakan untuk memutar serat seperti bulu, kapas, rami dan sebagainya).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis no. 925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((خير لهو المؤمن السباحة، وخير لهو المرأة المغزل)). [عد، ((الضعيفة)) (1381)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik permainan orang mukmin adalah berenang, dan sebaik-baik permainan orang perempuan adalah roda pintal (kayu yang digunakan untuk memutar serat seperti bulu, kapas, rami dan sebagainya). [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1381]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.