Sebaik-baik permainan di sisi Allah SWT ialah lumba kuda

TEKS BAHASA ARAB

أحب اللهو إلى الله عز وجل: إجراء الخيل، والرمي بالنبل، ولعبكم مع أزواجكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik permainan di sisi Allah SWT ialah lumba kuda, melempar anak panah dan gurauan kalian bersama isteri kalian.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعا: ((أحب اللهو إلى الله عز وجل: إجراء الخيل، والرمي بالنبل، ولعبكم مع أزواجكم)).
[عد، ((الضعيفة)) (1835)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik permainan di sisi Allah SWT ialah lumba kuda, melempar anak panah dan gurauan kalian bersama isteri kalian.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1835].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs