Sebaik-baik perkara yang menyibukkan seorang wanita yang beriman ialah alat pintalnya

TEKS BAHASA ARAB

علموا أبناءكم السباحة والرماية ونعم لهو المؤمنة مغزلها وإذا دعاك أبواك فأجب أمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik perkara yang menyibukkan seorang wanita yang beriman ialah alat pintalnya. Apabila kedua-dua ibu bapa kamu memanggil kamu maka sahutlah panggilan ibu kamu dahulu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis nombor 5131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بكر بن عبد الله بن ربيع الأنصاري رضي الله عنه مرفوعا: علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها وإذا دعاك أبواك فأجب أمك. [فر، الضعيفة (3876)].

(Lemah) Daripada Bakr bin Abdullah bin Rabi’ al-Ansari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik perkara yang menyibukkan seorang wanita yang beriman ialah alat pintalnya. Apabila kedua-dua ibu bapa kamu memanggil kamu maka sahutlah panggilan ibu kamu dahulu. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3876]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.