Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علموا أبناءكم السباحة والرماية ونعم لهو المؤمنة مغزلها وإذا دعاك أبواك فأجب أمك.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik perkara yang menyibukkan seorang wanita yang beriman ialah alat pintalnya. Apabila kedua-dua ibu bapa kamu memanggil kamu maka sahutlah panggilan ibu kamu dahulu.
Sahabat Perawi
- Bakr bin Abdullah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis no. 5131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بكر بن عبد الله بن ربيع الأنصاري رضي الله عنه مرفوعا: علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها وإذا دعاك أبواك فأجب أمك. [فر، الضعيفة (3876)].
(Lemah) Daripada Bakr bin Abdullah bin Rabi’ al-Ansari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik perkara yang menyibukkan seorang wanita yang beriman ialah alat pintalnya. Apabila kedua-dua ibu bapa kamu memanggil kamu maka sahutlah panggilan ibu kamu dahulu. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3876]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman