Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خير ما أعطي الإنسان خلق حسن، وشر ما أعطي الرجل قلب سوء في صورة حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang baik. Dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada seorang lelaki adalah hati yang buruk dalam tubuh badan yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 84. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من جهينة، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((خير ما أعطي الإنسان خلق حسن، وشر ما أعطي الرجل قلب سوء في صورة حسنة)).
[ش، ابن منده، أبو بكر الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1911)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada kaum Juhainah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang baik. Dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada seorang lelaki adalah hati yang buruk dalam tubuh badan yang baik.
[Riwayat Muṣannaf Ibn Abī Shaybah, Ibn Mandah, Abu Bakr al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1911]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.