Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرُ ما أُعطي الإنسانُ خُلُقٌ حسنٌ، وشرُّ ما أُعطِيَ الرجلُ قلب ُسُوءٍ في صورةٍ حسنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang baik. Dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada seorang lelaki adalah hati yang buruk dalam tubuh badan yang baik.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis no. 84. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من جهينة، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((خير ما أعطي الإنسان خلق حسن، وشر ما أعطي الرجل قلب سوء في صورة حسنة)). [ش، ابن منده، أبو بكر الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1911)]
(Daif) Daripada seorang lelaki daripada kaum Juhainah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang baik. Dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada seorang lelaki adalah hati yang buruk dalam tubuh badan yang baik. [Riwayat Muṣannaf Ibn Abī Shaybah, Ibn Mandah, Abu Bakr al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1911]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman