Sebaik-baik penolong kepada takwa Allah adalah harta

TEKS BAHASA ARAB

نعم ‌العون على تقوى الله المال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik penolong kepada (memperolehi) takwa (kepada) Allah adalah harta.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604, hadis nombor 3130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) ‌عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((نعم ‌العون على تقوى الله المال)). [القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (2042)].

(Sanadnya lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sebaik-baik penolong kepada (memperolehi) takwa (kepada) Allah adalah harta.))
[Riwayat al-Qudha’i dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2042].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs