Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ العَوْنُ على الدِّينِ قُوتُ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik penolong kepada agama adalah simpanan bekalan makanan untuk setahun.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604, hadis no. 3131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((نعم العون على الدين قوت سنة)). [أبو علي النيسابوري في ((جزء من فوائده))، ((الضعيفة)) (2040)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sebaik-baik penolong kepada agama adalah simpanan bekalan makanan untuk setahun.)) [Riwayat Abu Ali al-Naisaburi dalam Juz’ min Fawaidihi. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 2040].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman