TEKS BAHASA ARAB
حديث: خير تجارتكم البز وخير صناعتكم الحرث.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sebaik-baik peniagaan kamu adalah membuat pakaian dan sebaik-baik sektor pembuatan dikalangan kamu adalah peladangan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في المختصر وقال: لا أصل له سوى ما في مسند الفردوس ولو اتجر أهل الجنة لا تجروا _ إلخ وهو ضعيف.
Al-Firuzabadi menyebutkannya di dalam kitabnya al-Mukhtasar dan dia berkata: Tidak ada asal baginya selain apa yang terdapat dalam Musnad al-Firdaus: Dan jika ahli syurga berniaga nescaya mereka akan meniaga…hingga akhir hadis. Dan ia daif.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.