Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik peniagaan kamu adalah membuat pakaian

Teks Bahasa Arab

حديث: خَيْرُ تِجَارِتِكُمُ الْبَزُّ وَخَيْرُ صِنَاعَتِكُمُ الْحَرْثُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sebaik-baik peniagaan kamu adalah membuat pakaian dan sebaik-baik sektor pembuatan dikalangan kamu adalah peladangan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المختصر وقال: لا أصل له سوى ما في مسند الفردوس ولو اتجر أهل الجنة لا تجروا _ إلخ وهو ضعيف.

Al-Firuzabadi menyebutkannya di dalam kitabnya al-Mukhtasar dan dia berkata: Tidak ada asal baginya selain apa yang terdapat dalam Musnad al-Firdaus: Dan jika ahli syurga berniaga nescaya mereka akan meniaga…hingga akhir hadis. Dan ia daif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.