TEKS BAHASA ARAB
أطيب كسب المسلم سهمه في سبيل الله، وصفقة يده، وما تعطيه أرضه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik pendapatan seorang muslim adalah bahagiannya pada jalan Allah (hasil ghanimah dari mengikuti peperangan), berjabat tangan (perniagaan) dan apa yang didapati dari hasil buminya (pertanian).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis nombor 3295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجال قالوا: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَطْيَبُ كَسْبِ الْمُسْلِمِ سَهْمُهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَصَفْقَةُ يَدِهِ، وَمَا تُعْطِيهِ أَرْضُهُ)). [ص، ((الضعيفة)) (7020)].
(Lemah)
Daripada sekumpulan lelaki berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pendapatan seorang muslim adalah bahagiannya pada jalan Allah (hasil ghanimah dari mengikuti peperangan), berjabat tangan (perniagaan) dan apa yang didapati dari hasil buminya (pertanian).”
[Riwayat Sa'id bin Mansur dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7020].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.