TEKS BAHASA ARAB
خير أمراء السرايا زيد بن حارثة أقسمهم بالسوية وأعدلهم في الرعية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik pemimpin tentera adalah Zaid bin Harithah. Beliau paling mahir membahagikan harta dan yang paling adil kepada rakyat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis nombor 5114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم رضي الله عنه مرفوعا: خير أمراء السرايا زيد بن حارثة أقسمهم بالسوية وأعدلهم في الرعية. [ك، الضعيفة (3570)].
(Palsu) Daripada Jubair bin Mut’im RA yang meriwayatkan secara marfu’ : Sebaik-baik pemimpin tentera adalah Zaid bin Harithah. Beliau paling mahir membahagikan harta dan yang paling adil kepada rakyat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3570].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.