Palsu

30/06/2024

3 minit bacaan



Sebaik-baik pemimpin tentera adalah Zaid bin Harithah

Teks Bahasa Arab

خير أمراء السرايا زيد بن حارثة أقسمهم بالسوية وأعدلهم في الرعية.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik pemimpin tentera adalah Zaid bin Harithah. Beliau paling mahir membahagikan harta dan yang paling adil kepada rakyat.

Sahabat Perawi

  1. Jubair bin Mut'im RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis no. 5114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جبير بن مطعم رضي الله عنه مرفوعا: خير أمراء السرايا زيد بن حارثة أقسمهم بالسوية وأعدلهم في الرعية. [ك، الضعيفة (3570)].

(Palsu) Daripada Jubair bin Mut’im RA yang meriwayatkan secara marfu’ : Sebaik-baik pemimpin tentera adalah Zaid bin Harithah. Beliau paling mahir membahagikan harta dan yang paling adil kepada rakyat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3570].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.