TEKS BAHASA ARAB
خير أمراء السرایا زید بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik pemimpin perang ialah Zaid bin Harithah, dia (paling adil) dalam pembahagian harta rampasan perang secara sama rata dan paling adil kepada rakyatnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis nombor 9259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنها- مرفوعا: خير أمراء السرایا زید بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية. [ك، (الضعيفة) (3570)].
(Palsu) Daripada Jubair bin Mut’im RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik pemimpin perang ialah Zaid bin Harithah, dia (paling adil) dalam pembahagian harta rampasan perang secara sama rata dan paling adil kepada rakyatnya." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3570]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.