Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ أُمَرَاءِ السَّرَايَا زيدُ بنُ حارثةَ، أَقْسَمُهُم بالسَّوِيَّةِ، وأَعْدَلُهُم في الرَّعِيَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik pemimpin perang ialah Zaid bin Harithah, dia (paling adil) dalam pembahagian harta rampasan perang secara sama rata dan paling adil kepada rakyatnya.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis no. 9259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنها- مرفوعا: خير أمراء السرایا زید بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية. [ك، (الضعيفة) (3570)].
(Palsu) Daripada Jubair bin Mut'im RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik pemimpin perang ialah Zaid bin Harithah, dia (paling adil) dalam pembahagian harta rampasan perang secara sama rata dan paling adil kepada rakyatnya." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman