Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ أُمَرَاءِ السَّرَايَا؛ زيدُ بنُ حارثةَ، أَقْسَمُهُم بالسَّوِيَّةِ، وأَعْدَلُهُم في الرَّعِيَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik pemimpin bagi rombongan perang ialah Zaid bin Hārithah, orang yang paling saksama dalam pembahagian, serta yang paling adil dalam mengadili rakyatnya.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis no. 4289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خير أمراء السرايا؛ زيد بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية)). [ك، ((الضعيفة)) (3570)]
(Palsu) Daripada Jubair bin Muṭ‘im RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik pemimpin bagi rombongan perang ialah Zaid bin Hārithah, orang yang paling saksama dalam pembahagian, serta yang paling adil dalam mengadili rakyatnya. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman