Sebaik-baik pemimpin bagi rombongan perang ialah Zaid bin Hārithah

TEKS BAHASA ARAB

خير أمراء السرايا؛ زيد بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik pemimpin bagi rombongan perang ialah Zaid bin Hārithah, orang yang paling saksama dalam pembahagian, serta yang paling adil dalam mengadili rakyatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis nombor 4289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خير أمراء السرايا؛ زيد بن حارثة، أقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية)).
[ك، ((الضعيفة)) (3570)]

(Palsu) Daripada Jubair bin Muṭ‘im RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik pemimpin bagi rombongan perang ialah Zaid bin Hārithah, orang yang paling saksama dalam pembahagian, serta yang paling adil dalam mengadili rakyatnya.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs