Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mempermudahkan urusan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل المؤمنين رجل ‌سمح ‌البيع، سمح الشراء، سمح القضاء، سمح الاقتضاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mempermudahkan urusan dalam membeli, menjual, melunaskan (hutang), dan memberi pelunasan (hutang).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606, hadis nombor 3143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل المؤمنين رجل ‌سمح ‌البيع، سمح الشراء، سمح القضاء، سمح الاقتضاء)). [طس، ((الضعيفة)) (2853)].

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mempermudahkan urusan dalam membeli, menjual, melunaskan (hutang), dan memberi pelunasan (hutang).))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2853].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.