Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ المؤمنينَ رجلٌ سمْحُ البيعِ، سمْحُ الشراءِ، سمْحُ القضاءِ، سمْحُ الاقتضاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mempermudahkan urusan dalam membeli, menjual, melunaskan (hutang), dan memberi pelunasan (hutang).
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606, hadis no. 3143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل المؤمنين رجل سمح البيع، سمح الشراء، سمح القضاء، سمح الاقتضاء)). [طس، ((الضعيفة)) (2853)].
(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mempermudahkan urusan dalam membeli, menjual, melunaskan (hutang), dan memberi pelunasan (hutang).)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2853].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman