TEKS BAHASA ARAB
نعم المرء بلال، لا يتبعه إلا مؤمن، وهو سيد المؤذنين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik orang ialah Bilal. Tiada yang mengikutnya melainkan orang mukmin. Dialah penghulu para muazzin.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis nombor 9244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن زيد بن أرقم -رضي الله عنه- أن رسول الله ﷺ قال: نعم المرء بلال، لا يتبعه إلا مؤمن، وهو سيد المؤذنين. [الرافعي، (الضعيفة) (3321)].
(Sangat Lemah) Dariapda Zaid bin Arqam RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang ialah Bilal. Tiada yang mengikutnya melainkan orang mukmin. Dialah penghulu para muazzin.” [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3321]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.