Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعْمَ المرءُ بلالٌ، لا يتبعُهُ إلا مؤمنٌ، وهو سيدُ المؤَذِّنِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik orang ialah Bilal. Tiada yang mengikutnya melainkan orang mukmin. Dialah penghulu para muazzin.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis no. 9244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن زيد بن أرقم -رضي الله عنه- أن رسول الله ﷺ قال: نعم المرء بلال، لا يتبعه إلا مؤمن، وهو سيد المؤذنين. [الرافعي، (الضعيفة) (3321)].
(Sangat Lemah) Dariapda Zaid bin Arqam RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang ialah Bilal. Tiada yang mengikutnya melainkan orang mukmin. Dialah penghulu para muazzin.” [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3321]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman